Hobi
Saya mempunyai dua hobi. Hobi saya
yang pertama ialah bermain permainan komputer. Permaianan
computer yang saya suka main ialah Roblox. Saya suka bermain permainan ini kerana
ianya menggunakan strategi, fikiran dan
kreativiti. Ianya diman secara online. Oleh itu, saya boleh
bermain dengan kawan-kawan saya. Permainan ini
mempunyai banyak permainan komputer lain di dalamnya. Ianya
bagaikan roblox itu adalah tajuk besar dan permainan di dalamnya ialah isi kandungan. Hobi saya yang kedua ialah
bermain bola sepak. Bola sepak ialah satu
permainan yang perlu menggunakan strategi. Permainan
ini dimain secara berpasukan. Persatuan Bola Sepak Malaysia
ditubuhkan pada 1920. Pasukan bola kegemaran saya ialah Manchester City dan Johor Darul Takzim (JDT). Pemain
bola kegemaran saya pula ialah Kun Sergio Aguero (penyerang
Manchester City) dan Lucero (penyerang JDT).
Cara bermain:
1) Satu pasukan sebelas orang
2) Satu pasukan perlu mempunyai
satu penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah, penyerang (posisi boleh diubah kecuali penjaga gol)
3) Pasukan mengandungi formasi.
Formasi-formasi yang terkenal ialah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
formasi 3-4-3 
formasi 4-5-1
4) Cara untuk menang ialah dengan
mengandungi lebih banyak mata daripada pihak lawan.
5) Untuk mendapatkan mata, bola
yang digunakan perlu melepasi garisan jarring gol. Ianya dinamakan gol.
6) Pemain boleh menggunakan kaki
dan seluruh anggota badan kecuali tangan. Tetapi penjaga gol boleh menggunakan
semua anggota.
7) Masa biasa perlawanan ialah 90
minit (boleh mengandungi masa tambahan mengikut keputusan pengadil)
8) Pada perlawanan piala seprti
piala dunia FIFA, piala FA dan
sebagainya, masa tambahan 30 minit selepas seri apabila habis masa penuh
90 minit. Jika seri juga, akan diadakan sepakan penalti.
9) Bola mempunyai Foul, kad
kuning dan kad merah.
10)
Foul akan diberikan apabila membuat kesalahan
ringan.Ianya sebagai amaran ringan.
11) Jika dikenakan foul, pihak
lawan akan mendapat sepakan percuma.
12)
Sepakan percuma juga akan
diberikan kepada pihak lawan jika mendapat kad kuning dan kad merah tetapi akan
mendapat kad
yang tertentu.
13)
Kad kuning akan diberikan
apabila melakukan kesalahan yang berat sedikit. Ianya sebagai amaran keras.

14)
Kad kuning akan diberikan
apabila melakukan kesalahan yang sangat berat.Ianya sebagai dendaan kerana
tidak mengikut peraturan.

15)
Jika dikenakan kad merah,
pemain yang mendapat kad tersebut akan dikeluarkan padang dan digantung mengikut keputusan FIFA.